Profesion undang-undang negara perlu diperjelas
KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai profesion undang-undang di negara ini agar tidak memberi implikasi kepada graduan undang-undang di universiti awam.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, penerangan yang jelas perlu dilaksanakan memandangkan Akta Profesion Undang-Undang akan dipinda tidak lama lagi.
"Daripada desas desus yang didengar, Common Bar Examination akan diperkenalkan.
"Semua graduan akan mengambil peperiksaan ini yang mungkin akan dikendalikan oleh Majlis Peguam," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, berdasarkan dakwaan itu juga, Majlis Peguam akan menjadi badan yang berpengaruh di dalam menentukan ijazah undang-undang mana yang boleh melayakkan seorang itu menjadi ‘seorang yang berkelayakan’ sebelum dibenarkan beramal.
"Melihat isu yang timbul ini, kita mohon pihak kerajaan menjelaskannya kerana mungkin akan membawa implikasi besar kepada graduan undang-undang universiti awam di negara ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!