Suri rumah raih pendapatan lima angka menerusi produk MMG

Mazlina sentiasa bersedia membimbing sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan bersama MMG.
Mazlina sentiasa bersedia membimbing sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan bersama MMG.
A
A
A

Berani membina impian, walaupun berstatus suri rumah.” Itu antara kata-kata motivasi Mazlina Muda, 38, yang berjaya menjadi usahawan bertaraf Leader Gold melalui produk minyak urut moden jenama MMG yang dipasarkan menerusi syarikat miliknya, Debek Golden Resources.

Beliau tidak lokek menurunkan ilmu perniagaan kepada rakan-rakan suri rumah yang lain untuk menjana pendapatan sendiri.

Menurutnya, membuka ruang dan peluang untuk orang lain menjana pendapatan secara tidak langsung membantu dirinya untuk berkembang.

“Ramai di luar sana yang menjadi seorang suri rumah sepenuh masa seperti saya. Pada peringkat awal memang tak tahu apa nak buat. Namun, dengan menyertai MMG kita mampu menjana pendapatan walaupun dari rumah sambil menjaga anak.

“Niat saya hendak membantu lebih ramai lagi suri rumah tetapi masing-masing harus berani membina impian,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Wanita yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu mengakui tidak menyesal memilih produk MMG kerana percaya ia mampu bertahan lama di pasaran.

“Selain boleh bertahan lama di pasaran, saya yakin minyak urut ini akan menjadi pencetus kepada minyak urut moden di Malaysia. Sekarang ini, apabila sebut sahaja minyak urut orang akan ingat MMG,” katanya.

Produk mesra pengguna

Bercerita mengenai produk yang dipasarkan, Mazlina berkata, MMG didatangkan dengan pelbagai warna dan bau bagi memudahkan pelanggan memilih berdasarkan kesesuaian atau cita rasa masing-masing.

“Setiap pelanggan tentunya mempunyai cita rasa berbeza malah mereka boleh memilih untuk bauan flora atau buah-buahan. Setiap warna juga berlainan dari segi tahap kepanasan. Jadi, kami sediakan pelbagai warna dan bauan untuk mudahkan pelanggan memilih,” katanya.

Variasi produk minyak urut MMG dan mandian bidara lemon (Bidmon).
Variasi produk minyak urut MMG dan mandian bidara lemon (Bidmon).

Jelasnya, produk MMG menawarkan harga mampu milik dan kandungannya terdiri daripada bahan organik premium serta tidak mempunyai sebarang bahan kimia atau kesan sampingan.

Selain itu, minyak urut moden ini ditransformasikan menjadi losen yang mudah digunakan dan pembungkusannya lebih mesra pelanggan.

“Minyak urut ini tidak melekit dan mampu memberi kelegaan kepada mereka yang sering sakit lutut terutamanya warga emas boleh bersolat seperti biasa.

“Lebih istimewa lagi produk MMG ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur iaitu bayi hingga warga emas,” jelasnya.

Bermodalkan RM250

Berbekalkan modal sebanyak RM250 sebagai permulaan ketika menjadi ejen pada 2016, Mazlina kini mampu mengeluarkan modal sekitar RM40,000 untuk 1,000 botol minyak urut jenama MMG.

“Pada awalnya, saya hanya mengambil 10 botol dengan modal RM250. Alhamdulillah, kini saya mampu keluarkan modal sehingga RM40,000 sebulan dengan jumlah botol yang lebih banyak,” katanya yang menjana jualan mencecah sekitar RM30,000 hingga RM35,000 sebulan.

Menurut Mazlina, beliau mampu mencapai sekitar RM320,230 pada tahun lalu, sementara tahun ini beliau menyasarkan jualan syarikat mencecah RM500,000.

Mazlina cekal berdepan segala cabaran dalam perniagaan.
Mazlina cekal berdepan segala cabaran dalam perniagaan.

Ketika pengusaha lain terpaksa ‘gulung tikar’ akibat menjadi mangsa Covid-19 dua tahun lalu, ibu kepada tiga orang anak itu bersyukur kerana sepanjang tempoh pandemik perniagaannya terus berkembang maju.

“Walaupun pergerakan agak terbatas, namun ia tidak mematahkan semangat saya kerana fokus MMG bukan kepada golongan yang terkesan, sebaliknya pelanggan yang benar-benar mahu membeli.

“Apabila kita fokus kepada sasaran yang tepat maka jualan terus meningkat walaupun berdepan dengan situasi sukar seperti pandemik,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai yang berminat untuk mencuba dan mendapatkan produk minyak urut MMG supaya melayari halaman Facebook: MMG SETIU By Debek, Instagram: MMG Setiu Besut atau hubungi talian 011- 13118769

PROFIL

- Nama: Mazlina Muda

- Jawatan: Pengurus/ Leader Gold MMG

- Syarikat: Debek Golden Resources

- Asal: Kijal, Kemaman, Terengganu

- Umur: 38 tahun

- Nama produk: Minyak Urut Moden MMG

- Facebook: MMG SETIU BY DEBEK

- Instagram: mmg_setiu_besut

- Telefon: 011-13118769

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!