Jasmin Hamid tegur artis baharu 'rabun'

Pelakon, Jasmin Hamid
Pelakon, Jasmin Hamid
A
A
A

DRAMATIS hebat, Jasmin Hamid, 47, memuat naik status berbaur sindiran di akaun media sosialnya yang dipercayai ditujukan kepada rakan artis.

Cerita Jasmin Hamid bermula apabila dia berpeluang dapat bertegur sapa dengan kenalan lama ketika menghadiri Anugerah Festival Filem Malaysia ke-30, baru-baru ini.

"Sempat lagi kami berposing walaupun dah nak balik sebab bukan senang nak jumpa. Jangan lepaskan peluang. Sama pula lentok kepala kami.

"Masya-ALLAH cantiknya adikku ini seniwati @sabrina_ali_dad_khan. Sentiasa merendah diri kalau jumpa, dia pasti akan tegur sapa.

"Bukan macam ada segelintir tu, yang buat-buat tak nampak walaupun dah berselisih bahu.

"Selepas itu alasan rabun. Tapi kenapa orang yang sebatu jauhnya tu boleh pula kau nampak? Nampak betul menipu," ungkapnya.

Tambah Jasmin Hamid atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, menyifatkan mereka yang popular dan terbaik kebanyakkannya merendah diri.

"Sebelum anda jadi artis saya dah jalan atas karpet merah tu dulu siap naik pentas ambil anugerah.

Artikel Berkaitan:

"Bukan sekadar tayang baju tajaan ke hulu ke hilir dan meramaikan majlis.

"Cuma yang suam-suam kuku ni yang berlebihan perasan artis luar negara, Hollywood," coretnya lagi.

Pelakon komedi itu juga mengingatkan kepada mereka nikmat dunia hanya bersifat sementara.

"Ini semua adalah pinjaman ALLAH. Pada yang riak, lupa bersyukur dan sombong tu, satu hari nanti pasti ALLAH akan tarik balik nikmat-NYA.

"Sudah ramai ALLAH tunjukkan di mata saya untuk saya jadikan teladan dan sempadan!

"Tidak rugi pun sebenarnya jadi orang yang merendah diri dan berbudi bahasa banyak kelebihannya," akhirinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!