Mike Tyson dakwa drama TV curi kisah hidupnya

MIKE TYSON - Foto AFP.
MIKE TYSON - Foto AFP.
A
A
A

LOS ANGELES - Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson baru-baru ini menuduh sebuah drama siri televisyen telah mencuri kisah hidupnya.

Drama bersiri yang berjudul Mike itu akan ditayangkan pada waktu perdana di perkhidmatan penstriman Hulu di Amerika Syarikat (AS) pada 25 Ogos depan.

Ia merupakan drama yang melakonkan semula detik-detik kehidupannya yang kontroversi itu dari zaman kanak-kanak dan melalui sabitan rogol pada tahun 1992.

"Hulu ialah versi penstriman 'tuan hamba'. Mereka mencuri cerita saya dan tidak membayar saya," tulis Tyson di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Dia menambah: "Saya tidak menyokong cerita mereka tentang hidup saya. Ini bukan 1822. Ini 2022. Mereka mencuri kisah hidup saya dan tidak membayar saya.

"Kepada eksekutif Hulu, saya hanyalah orang bodoh yang mereka boleh jual di blok lelong," tulisnya.

Majoriti saham Hulu itu dimiliki oleh Disney dan ia hanya boleh ditonton di AS.

Drama itu menggambarkan Tyson dibuli sebagai seorang kanak-kanak kecil, tahun remajanya masuk dan keluar dari penjara selepas menyertai kumpulan jalanan Brooklyn dan permulaan awalnya dalam sukan tinju.

Pencipta dan penulis skrip Steven Rogers baru-baru ini berkata, bahawa dia telah melakukan penyelidikan dan mendapatkan semua pendapat yang berbeza serta tidak bergantung kepada satu sumber sahaja untuk menulis cerita tersebut. - Agensi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!