Agenda perkasa pembangunan Orang Asli diteruskan: PM

Perkongsian di Facebook Ismail Sabri sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia.
Perkongsian di Facebook Ismail Sabri sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan sentiasa meneruskan agenda memperkasa pembangunan masyarakat Orang Asli di negara ini agar komuniti itu dapat menikmati kesejahteraan dan kemajuan dari aspek ekonomi, sosial dan pendidikan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun, bagi meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk Orang Asli.

"Selamat menyambut Hari Orang Asli kepada semua Orang Asli Keluarga Malaysia sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia,” katanya.

Ismail Sabri berkata, tema sambutan pada tahun ini iaitu "Peranan Wanita Orang Asli dalam Pemeliharaan dan Penyambung Pengetahuan Tradisional” adalah amat tepat memandangkan wanita Orang Asli adalah tulang belakang komuniti itu.

"Wanita Orang Asli memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan adat budaya mereka,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!