Buruh dijel lapan tahun, enam sebatan
KOTA BHARU - Seorang buruh dihukum penjara lapan tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas kesalahan merogol gadis bawah umur, tahun lalu.
Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahrul Nizam Rameli, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Tertuduh didakwa merogol remaja yang berusia 14 tahun sebulan itu di kawasan semak samun di Kampung Lepah, Pasir Puteh pada jam 9.30 malam, 18 November 2018.
Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!