UCO jana pendapatan, wujud peluang kerja

Muhammad Khairul Anan (kiri) menunjukkan perniagaan Tapau Jerrr oleh UCO yang dapat menjana kewangan pertubuhan itu sendiri dan memberi pekerjaan kepada belia.
Muhammad Khairul Anan (kiri) menunjukkan perniagaan Tapau Jerrr oleh UCO yang dapat menjana kewangan pertubuhan itu sendiri dan memberi pekerjaan kepada belia.
A
A
A

KOTA BHARU - Pertubuhan Cakna Ummah Kelantan (UCO) mengorak langkah proaktif bagi menjana sumber kewangan sendiri menerusi penubuhan One Stop Center berkonsepkan Family Mart & Cafe yang bakal ditubuhkan di sini.

Pengerusi UCO, Muhammad Khairul Anan Zulkifle berkata, penubuhannya akan membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia di negeri ini.

Katanya, usaha UCO itu juga bagi memastikan pertubuhan tersebut mempunyai kewangan mapan dalam jangka masa singkat dan panjang.

“One Stop Center adalah hasil projek yang dijalankan oleh pihak UCO seperti Projek Jualan Amal Rak Air Mineral dan perniagaan Tapau Jerrr.

“Selainnya adalah sumbangan orang ramai kepada kempen-kempen UCO bagi menjana pendapatan sekali gus dapat membuka lebih peluang pekerjaan kepada para belia,” katanya di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, UCO turut melancarkan Tabung Cakna Ummah untuk agihan bantuan kepada asnaf dan golongan memerlukan.

“Jenis bantuan tidak terhad kepada pemberian barangan asas sahaja kerana pertubuhan turut menjalankan Kempen Infaq Air Mineral untuk agihan kepada pusat tahfiz, rumah anak yatim, masjid dan asnaf.

“Justeru, orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan ke dalam akaun RHB Bank 2030 5360 0170 27 Pertubuhan Cakna Ummah Kelantan atau hubungi 017-6706685,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!