Operasi menyelamat ikan paus di sungai Perancis
SAINT-PIERRE- LA-GARENNE - Pakar-pakar marin Perancis melancarkan operasi pada Selasa untuk menyelamatkan seekor ikan paus beluga yang sakit, lapor seorang wartawan AFP di tempat kejadian.
Sekumpulan 24 anggota penyelam polis dan bomba mengadakan taklimat terakhir sebelum bergerak ke Sungai Seinen untuk memulakan usaha mengangkatnya keluar dari air dan menaiki trak untuk pengangkutan.
Ikan sepanjang empat meter dan merupakan spesies dilindungi biasanya itu ditemui di perairan Artik sejuk dikesan seminggu lalu di sungai tersebut.
"Ia adalah operasi menyelamat panjang, sangat teknikal yang memerlukan banyak kemahiran," kata Isabelle Dorliat-Pouzet iaitu Setiausaha Agung Wilayah Eure kepada wartawan.
Tambahnya, usaha tersebut melibatkan kira-kira 80 orang termasuk 40 anggota bomba dan ramai pegawai polis untuk mengawal kawasan itu.
Penyelam dan pakar haiwan termasuk doktor haiwan akan berusaha membawanya ke dalam sebuah kenderaan bagi memindahkannya ke laut.
Ketika persiapan untuk operasi tersebut dijalankan, orang ramai berkumpul di sepanjang tebing sungai untuk melihat proses perpindahan tersebut.
Pergerakan haiwan itu disekat oleh kunci air di Saint-Pierre-La-Garenne di Normandy dan kesihatannya merosot selepas ia enggan makan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!