Pelatih Muay Thai disangka hilang, rupanya pulang kampung

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelatih Muay Thai yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan rekreasi Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail disahkan berada di Kedah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, aduan mengenai kehilangan individu itu dibuat oleh seorang jurulatihnya pada Selasa.

"Laporan dibuat kira-kira jam 10 malam oleh seorang individu yang merupakan jurulatih lelaki berkenaan yang didakwa hilang di lokasi tersebut ketika berjoging.

"Hasil siasatan polis mendapati individu tersebut tidak pergi berjoging, sebaliknya telah pulang ke Kedah bersama rakannya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, individu yang membuat laporan itu bagaimanapun menarik balik laporan pada Rabu.

"Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

"Orang ramai dinasihatkan memastikan maklumat diperoleh adalah sahih terlebih dahulu sebelum bertindak menularkannya di mana-mana platform media sosial," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!