Ini yang Mujahid kesalkan sewaktu jadi menteri
Ini yang Mujahid kesalkan sewaktu jadi menteri
Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof kecewa kerana pada waktu pemerintahan PH, orang Melayu tidak melihat kerajaan di atas kepentingan dasar yang diperkenalkan, sebaliknya mereka hanya mahu mempolitikkan semua isu.
Katanya memberi contoh, ramai mengecam PH tidak membela Islam sedangkan Akta Profesion Guaman Syarie telah mengangkat martabat peguam-peguam syarie agar berada di paras sama dengan Majlis Peguam.
Menurut Mujahid, ia perlu dilihat sebagai kejayaan PH membawa imej Islam yang bersifat rahmah dan mampu merangkul kepelbagaian.
Beliau berkata demikian dalam program Bersama Johan Jaaffar pada Rabu, 10 Ogos 2022 jam 3 petang.
Saksikan video penuh di: https://bit.ly/3vVYIMq
#BersamaJohanJaaffar #SinarHarian #maruahmelayu