Warga emas cedera disamun

Polis
Polis
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang warga emas cedera di tangan kiri dan kerugian kira-kira RM10,000 selepas rantai tangannya direntap seorang lelaki dalam kejadian samun di Kampung Batu Hitam Dalam, Tanah Merah pada Selasa.

Ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Wan Meriam Derahman, 77, didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun di hadapan jeriji di rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, lelaki itu kemudiannya bertanyakan mangsa sama ada mengenalinya atau tidak sebelum tiba-tiba menarik tudung warga emas itu dan meragut rantai tangan yang dipakainya.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kereta Proton Waja berwarna perak.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di tangan kiri," katanya melalui satu kenyatan pada Rabu.

Menurutnya, semasa kejadian cucu mangsa berada di dalam rumah tetapi sedar warga emas itu diragut.

"Polis sedang berusaha mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!