Kereta Kebal Jalur Gemilang

A
A
A
Warga Perak, Tazar Alang Ibrahim, 62, menghiasi replika kereta kebal dengan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada 31 Ogos ini bertemakan #Keluarga Malaysia Teguh Bersama di Jalan Tasek baru-baru ini.

Tayar, bahan terpakai dan besi antara yang dikitar dan digunakan semula seorang warga emas bagi menghasilkan replika berunsurkan Hari Kebangsaan dalam membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara.

Menurutnya, replika perlu dihias pada minggu pertama bulan Ogos agar perancangan yang dirangka akan tercapai dan tersusun rapi sekaligus boleh dipamerkan kepada pengunjung serta masyarakat.

“Selepas siap, saya akan pamerkan dan ambil gambar untuk tatapan rakan-rakan di Facebook bagi membangkitkan kemeriahan Hari Kebangsaan. Ada yang memberi komen positif, ada juga yang datang dari Melaka, Pulau Pinang ke pondok saya untuk melihat tersebut,” katanya.

Beliau berharap agar semangat patriotik di kalangan anak bangsa, tidak dizahirkan semata-mata pada bulan Kemerdekaan sahaja tetapi dalam kehidupan seharian dengan mencintai negara melalui hubungan sesama kaum dan bangsa sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan serta keamanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan

No Image Caption
GALERI

Squid Game di MRT Ampang Park

No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland