Harimau Selatan lebarkan status pendahulu
PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman liga apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada Rabu.
Gol anak buah Héctor Bidoglio dijaringkan Bergson da Silva pada minit ke-32' dan Fernando Forestieri (47') manakala gol skuad Nafuzi Zain dijaringkan Hakimi Abdullah (50').
Tiga mata diperolehi Harimau Selatan memboleh penyandang juara itu mengumpul 38 mata hasil 14 perlawanan manakala Sang Penyu kekal di tempat kelima dengan 17 mata menerusi 13 perlawanan.
Kekalahan keenam liga TFC itu juga menyaksikan tuan rumah gagal menebus kekalahan 1-2 pada April lalu.
Anak buah Nafuzi akan meneruskan kempen liga berdepan Sarawak United di venue sama pada 13 Ogos ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!