Ramai remaja guna YouTube, TikTok berbanding Facebook di AS
Dalam pada itu, YouTube yang dikendalikan Google menonjol sebagai platform paling biasa digunakan oleh remaja, menurut laporan penyelidikan tersebut seperti dilaporkan AFP.
Data itu didedahkan ketika Meta iaitu pemilik Facebook yang sedang bersaing dengan TikTok dan cuba mengekalkan bilangan maksimum penggunanya.
Laporan itu menyatakan kira-kira 95 peratus daripada remaja yang ditinjau berkata mereka menggunakan YouTube.
Jumlah itu adalah tinggi kerana sebanyak 67 peratus yang mengatakan mereka adalah pengguna TikTok.
Facebook telah dilihat sebagai tempat yang menjadi pilihan golongan tua.
Laporan itu dibuat berdasarkan tinjauan terhadap 1,316 remaja di AS yang berumur antara 13 tahun hingga 17 tahun dan dilakukan dari pertengahan April hingga awal Mei pada tahun ini, menurut Pusat Penyelidikan Pew. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!