'Sakit urat disangka kena sihir'

Baharudin (berdiri) ketika sesi slot rawatan terapi minda dan saraf kepada pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Alor Gajah.
Baharudin (berdiri) ketika sesi slot rawatan terapi minda dan saraf kepada pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Alor Gajah.
A
A
A

ALOR GAJAH - Masyarakat harus mengubah mentaliti dengan tidak menganggap sesuatu sakit yang menimpa diri hanya berpunca daripada perbuatan sihir.

Pengasas Pertubuhan Sentuhan Kasih AL-Qalam, Datuk Seri Baharudin Abu, berkata, kebanyakan pesakit yang datang bertemu dengannya menyatakan diri disihir sedangkan pesakit itu sebenarnya berkaitan dengan urat saraf malah dalam badan manusia itu terdapat beribu urat saraf.

Menurutnya, masyarakat perlu menerima hakikat ALLAH SWT yang memberi sakit dan DIA juga yang menyembuhkan sesuatu penyakit, malah beliau sedia memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan nama 'perubatan Islam.'

"Pertubuhan Sentuhan Al Qalam Malaysia bukan sekadar memberi merawat kepada pesakit namun tujuan kita juga memberi motivasi supaya orang ramai terutama orang Islam sentiasa bersangka baik dengan ALLAH SWT dan berusaha memperbaiki solat mereka agar mereka lebih positif.

"Dalam memberi rawatan kita juga turut memberi sumbangan kepada 166 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kurang bernasib baik dan lebih penting apa yang kita sampaikan dapat memberi kesedaran kepada diri mereka ke arah yang lebih baik," katanya.

Baharudin berkata demikian ketika berucap program 'Profesional Talk @Wisdom Wednesday' anjuran Jabatan Udang-Undang UiTM Cawangan Melaka bersama-sama dengan Akademi Pengajian Kontemporari (ACIS) dan program Sentuhan Kasih Al-Qalam Malaysia di Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah di sini, hari ini.

Baharudin (tujuh,kanan) dan Ismadi bergambar selepas tamat program.
Baharudin (tujuh,kanan) dan Ismadi bergambar selepas tamat program.

Hadir sama, Timbalan Reaktor Hal Ehwal Akademik Cawangan UiTM Melaka, Prof Madya Dr Ismadi Md Badarudin.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pertubuhan yang mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu menyasarkan untuk menjelajah lima negeri pada tahun ini dalam usaha memperluaskan lagi ilmu rawatan terutama dalam kalangan belia.

"Pada Sabtu ini juga kira-kira 200 pelajar universiti akan diberikan pendedahan mengenai ilmu perubatan di bawah Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (Gapera) dan mendapat kerjasama KKM.

"Syukur Alhamdulillah, di mana pergi kita mendapat sambutan dan itu memberikan peransang untuk meneruskan usaha perkongsian ilmu seperti ini," katanya.

Sementara itu, Ismadi berkata, pengajuran program ini salah satu pengisian pada hari Rabu setiap minggu yang terbuka kepada orang awam serta melibatkan komuniti setempat.

"Banyak manfaat yang kita perolehi pada program kali ini, yang memberi penekanan mengenai hubungan kita dengan manusia dan juga hubungan kita dengan ALLAH SWT selain, inisiatif mereka yang turut sudi menyumbang kepada pelajar UiTM dari golongan asnaf," katanya.

Dalam pada itu turut diadakan sesi perkongsian slot Terapi Saraf, Terapi Minda; "Rawatan Efektif,Pesakit Positif" disusuli dengan slot rawatan Terapi Minda dan Saraf kepada pelajar atau staf yang terpilih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!