Pelajar Tingkatan Tiga antara 14 ditahan terlibat dadah

Datuk Muhamad Zaki Harun
Datuk Muhamad Zaki Harun
A
A
A

KOTA BHARU - Pelajar perempuan Tingkatan Tiga antara 14 individu yang ditahan selepas dipercayai terlibat dengan dadah dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Wakaf Che Yeh di sini pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, seramai sembilan lelaki dan lima perempuan berusia 15 hingga 32 tahun itu ditahan pada jam 1 petang.

"Hasil pemeriksaan telah menjumpai 10 biji pil psikotropik, sebiji pil erimin 5 dan 48 biji pil ekstasi yang berjumlah RM450 kesemuanya.

"Hasil soal siasat, salah seorang daripada tangkapan mengaku dadah jenis pil ekstasi adalah miliknya yang diperoleh daripada seorang lelaki Thailand yang dikenali semasa berhibur di sebuah kelab di Golok," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, urusan jual beli dadah dilakukan di kelab tersebut dan usaha mengesan suspek tidak berjaya kerana berada di Golok selain merupakan warganegara Thailand.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!