Shidi dah move on!

Rashidi Ishak
Rashidi Ishak
A
A
A

NAMA Rashidi Ishak kembali menjadi perhatian ramai selepas aktor itu mendedahkan rumah tangga yang dibina sejak lebih 17 tahun lalu berakhir.

Bagaimanapun di sebalik berita sedih itu, penampilan Rashidi atau mesra dipanggil Shidi yang semakin tampan membuatkan ada netizen yang melabelkan dia sebagai 'duda berhias' dan 'eligible bachelor'.

"Tidak dinafikan saya ada terlihat komen sebegitu, namun sejujurnya saya tidak suka dengan apa jua gelaran mengenai duda, eligible bachelor dan sebagainya.

"Tapi cukuplah orang tahu saya sudah move on daripada episod luka ini," katanya ketika ditemui pada sesi tayangan filem lakonannya, Bu, di Mutiara Damansara, hari ini.

No Image Caption

Menyentuh mengenai susuk tubuhnya yang semakin kurus, lelaki berusia 46 tahun ini mengakui berat badannya turun dari 80 kilogram (kg) ke 68kg dalam masa lebih kurang setahun setengah.

Jelasnya, dia mula menyertai aktiviti larian dan marathon ketika masih bergelar suami kepada Vanidah Imran serta masih meneruskan aktiviti tersebut kini.

"Sampai sekarang saya masih berlari lima kilometer sehari dan ambil makanan berat sekali sehari.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun saya tidak pergi ke gym kerana bukan seorang yang suka mengangkat berat," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 17 tahun berakhir: Rashidi Ishak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!