Nafas lancar baja jenama Peladang berharga RM10 sebotol

A
A
A

Ahmad (dua dari kiri) menyempurnakan gimik pelancaran produk pembajaan berskala kecil jenama Peladang sempena MAHA 2022 di MAEPS pada Khamis.
Ahmad (dua dari kiri) menyempurnakan gimik pelancaran produk pembajaan berskala kecil jenama Peladang sempena MAHA 2022 di MAEPS pada Khamis.

SERDANG - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) melancarkan produk pembajaan berskala kecil jenama Peladang yang dijual di pasaran pada harga serendah RM10 sebotol sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, produk itu dilancarkan pada waktu yang tepat dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat untuk bercucuk tanam dan melibatkan diri dalam pertanian.

Menurutnya, produk baja yang dikeluarkan syarikat subsidiari Nafas iaitu Nafas Bajakimia Sdn Bhd (NBKSB) terbahagi kepada dua jenis iaitu Baja Tumbesaran Umum Sebatian 65 (Sebatian 65) dan Baja Formulasi Hasil atau Tumbesaran Sebatian 45 (Sebatian 45).

Dari kanan: Zamri, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Azulita Salim dan Ahmad menunjukkan baja keluaran NBKSB yang dijual pada harga RM10.
Dari kanan: Zamri, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Azulita Salim dan Ahmad menunjukkan baja keluaran NBKSB yang dijual pada harga RM10.

Katanya, baja berkualiti tinggi untuk keperluan isi rumah itu diproses di kilang baja Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah yang juga syarikat subsidiari Nafas.

“Dengan inisiatif ini, Nafas turut muncul sebagai salah satu organisasi di negara ini yang membekalkan baja kepada golongan petani,” katanya selepas menyempurnakan pelancaran produk baja berkenaan di MAHA 2022 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), pada Khamis.

No Image Caption

Hadir sama, Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob; barisan Ahli Jemaah Pengarah Nafas; Pemangku Pengurus Besar Nafas, Saripol Baharin Karim dan Pengurus Besar NBKSB, Zalifudin Md Arshad.

Ahmad menjelaskan, Baja Sebatian 65 dan 45 adalah baja bagi menggalakkan pengeluaran bunga dan buah yang berkualiti, membantu batang pokok menjadi kuat serta meningkatkan pertumbuhan akar aktif.

Ujar beliau, baja berkenaan Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), pada Khamis. Hadir sama, Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob; barisan Ahli Jemaah Pengarah Nafas; Pemangku Pengurus Besar Nafas, Saripol Baharin Karim dan Pengurus Besar NBKSB, Zalifudin Md Arshad.

Ahmad menjelaskan, Baja Sebatian 65 dan 45 adalah baja bagi menggalakkan pengeluaran bunga dan buah yang berkualiti, membantu batang pokok menjadi kuat serta meningkatkan pertumbuhan akar aktif.

No Image Caption

Ujar beliau, baja berkenaan diakreditasi dengan ISO 9001:2008, Standards Malaysia Accredited Laboratory (2006) dan juga Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

“Produk baja seberat satu kilogram sebotol ini boleh didapati di kedai-kedai input rangkaian Pertubuhan Peladang (PP) meliputi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), kedai-kedai input terpilih di seluruh Malaysia selain boleh didapati melalui platform jualan dalam talian, Shopee,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!