Rakaman pelajar tahfiz ditampar, ditendang tular

Seorang lelaki berpakaian separuh bogel bertindak menampar pelajar tahfiz.
Seorang lelaki berpakaian separuh bogel bertindak menampar pelajar tahfiz.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu rakaman insiden beberapa pelajar tahfiz dipukul tular menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Rakaman berdurasi pendek itu di muat naik oleh pemilik akaun Instagram dikenali act431_775 yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian separuh bogel telah berteriak memanggil pelajar berkenaan sebelum bertindak menampar, menendang dan memukul mereka bersama rakannya.

act431_775 berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Video dan entri yang dimuat naik itu menerima banyak tontonan dan pelbagai reaksi serta komen dari warganet terutama artis tanah air.

Pelakon, Sharnaaz Ahmad berkata, “Gangster kampung, selamat bermalam dan menjadi lauk pari masak dalam lokap ya sayang".

Tidak ketinggalan di ruang komentar, pelakon Wak Doyok turut mempersoalkan tindakan lelaki itu terhadap pelajar tahfiz yang disifatkan keterlaluan.

“Kejap je ni dapat cari, apa salah anak- anak tahfiz sampai diperlakukan sedemikian rupa," tulisnya.

“Allahuakbar, kau rasa besar sangat 'lepuk' budak-budak tahfiz ya. Tak mengapa, kau tunggu nasib kau nanti. Ingat kau boleh lepas,” kata pelakon, Zulhuzaimy yang turut berkongsi reaksi sama pada komentar berkenaan.

Berkongsi pandangan yang sama Pencetus Ummah (PU), Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali PU Amin menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku dalam video tersebut.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan kejadian dari pihak polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!