Polis siasat dakwaan Raja Petra

Keratan laporan Sinar Harian pada 12 Ogos 2022
Keratan laporan Sinar Harian pada 12 Ogos 2022
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dilemparkan penulis blog Raja Petra Kamaruddin terhadap bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menerusi tulisan dimuat naik di sebuah portal.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dijalankan berdasarkan satu laporan polis diterima pihaknya kira-kira jam 3.02 petang Jumaat.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Pada Isnin, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan dilemparkan Raja Petra menerusi sebuah portal berkaitan serbuan dan rampasan yang dijalankan di rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei 2018.

Dakwaan tersebut antara lainnya menyebut seorang wanita didakwa teman wanita Amar Singh telah mengambil salah satu beg ketika serbuan dijalankan pihak polis di rumah Najib.

Amar Singh bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan difahamkan membuat laporan polis pada petang Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!