Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumba, Indonesia
KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Selatan Sumba, Indonesia pada 8.18 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 355 kilometer (km) selatan dari Bima, Indonesia itu berlaku pada kedalaman 11 km.
Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!