Cuaca panas terik, China keluar amaran tahap merah
BEIJING - [DIKEMAS KINI] Balai cerap China pada Sabtu mengeluarkan amaran tahap merah susulan cuaca panas terik yang melanda kebanyakan wilayah di negara ini.
Tahap amaran itu adalah yang tertinggi daripada empat peringkat amaran.
Pada Sabtu, wilayah Shaanxi, Sichuan, Chongqing, Henan, Hubei, Shandong, Anhui, Jiangsu, Shanghai, Zhejiang, Fujian, Jiangxi, Hunan, Guizhou, Xinjiang dan Inner Mongolia diramal mengalami suhu 35 hingga 39 darjah Celsius pada siang hari, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan, lapor Xinhua.
Sementara itu di wilayah Shaanxi, Sichuan, Chongqing, Hubei, Hunan, Jiangxi, Anhui, Jiangsu, Shanghai dan Zhejiang suhu mungkin melebihi 40 atau 42 darjah Celsius.
Pihak berkuasa tempatan dinasihatkan mengambil langkah berwaspada, menangguhkan kerja-kerja di kawasan terbuka dan menumpukan kepada langkah pencegahan kebakaran serta melindungi kumpulan rentan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!