Fun Fishing Nafas meriahkan MAHA 2022

Zamri (dua dari kanan) menyampaikan hadiah wang tunai bernilai RM500 kepada Chun Hong (tengah) sambil disaksikan ahli jemaah Pengarah Nafas (dua dari kiri) Datuk Muis Picho dan Datuk Ismail Umar serta Saripol Baharin (kanan).
Zamri (dua dari kanan) menyampaikan hadiah wang tunai bernilai RM500 kepada Chun Hong (tengah) sambil disaksikan ahli jemaah Pengarah Nafas (dua dari kiri) Datuk Muis Picho dan Datuk Ismail Umar serta Saripol Baharin (kanan).
A
A
A

SERDANG - Sehari sebelum berakhirnya pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 pada Ahad, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) telah memeriahkan acara tersebut dengan mengadakan pertandingan memancing, Fun Fishing.

Lebih mengujakan apabila acara berkenaan disertai pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum.

Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, pertandingan memancing itu merupakan acara tahunan Nafas sempena penganjuran MAHA.

Logo MAHA 2022.
Logo MAHA 2022.

Tambah beliau, ia juga bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada peserta untuk menikmati pemandangan semula jadi, Nafas Cube yang terletak di Tasik Institut Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia (MARDI), Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang.

“Pertandingan memancing ini memang setiap kali kita anjurkan di MAHA. Kita adakan sejak 2016 dan 2018 di tempat yang sama.

“Tujuan kita adakan acara Fun Fishing ini adalah bertujuan untuk memeriahkan lagi MAHA pada kali ini, selain menggalakkan lebih ramai lagi pengunjung datang menikmati pemandang semula jadi Nafas Cube.

“Orang ramai juga boleh merasai sendiri pengalaman menginap di dalam kontena, malah sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga,” katanya.

Logo 50 Tahun Nafas.
Logo 50 Tahun Nafas.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan acara pertandingan memancing itu di Tasik Institut Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia (MARDI), Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, pemangku Pengurus Besar Nafas, Saripol Baharin Karim dan beberapa ahli jemaah pengarah Nafas yang lain.

Acara yang berlangsung pada jam 8 pagi hingga 11 pagi Sabtu itu turut menyaksikan seramai 150 peserta.

Logo Nafas.
Logo Nafas.

Peserta, Siew Chun Hong, 24, dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan tersebut apabila berjaya menaikkan ikan seberat 2.35 kilogram (kg) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500.

Selain pertandingan memancing, Nafas juga menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di Pavilion Nafas di Dewan A, MAEPS pada Sabtu.

Zamri (tiga dari kiri) memegang ikan seberat 2.35kg.
Zamri (tiga dari kiri) memegang ikan seberat 2.35kg.

Justeru, orang ramai juga jangan melepaskan peluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan membawa pulang bar emas seberat 50 gram, selain berpeluang memenangi telefon bimbit, basikal lipat, tab, seterika stim, televisyen dan pelbagai lagi hadiah-hadiah yang lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!