Perak FC ikat Afolabi 2 tahun lagi

Afolabi (kiri) menyambung kontrak selama dua tahun bersama Perak FC sambil disaksikan Bobie Farid dalam satu majlis pada Sabtu. - FOTO: PERAK FC
Afolabi (kiri) menyambung kontrak selama dua tahun bersama Perak FC sambil disaksikan Bobie Farid dalam satu majlis pada Sabtu. - FOTO: PERAK FC
A
A
A

PERAK FC menyambung kontrak pemain defensif tengah mereka, Sunday Kolawole Afolabi selama dua tahun lagi.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC Bobie Farid Shamsuddin yang berpuas hati dengan pemain dari Nigeria tersebut yang menampilkan persembahan dan komitmen tinggi terhadap pasukan.

“Sunday (Afolabi) datang kepada kami sebagai bakat asal, tetapi beliau seorang yang berhati besar dan sentiasa menginginkan untuk menang. Kami mahukan sikap seperti ini, untuk membawa kelab kembali ke zaman kegemilangannya. Beliau masih muda dan mengambil masa untuk mempelajari budaya Malaysia.

"Semangat dan telatah beliau adalah apa yang kami perlukan untuk membina semula pasukan lama yang dirindui peminat ketika separuh musim ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Afolabi mengakui gembira dengan keputusan pihak pengurusan Perak FC.

“Saya sangat teruja apabila menjadi sebahagian daripada Perak FC dan gembira dengan sambutan yang mereka berikan kepada saya. Saya datang untuk meningkatkan prestasi kerjaya saya.

"Hubungan antara saya dan pasukan sangat mesra dan saya akan terus bersungguh-sungguh pada setiap perlawanan,” katanya.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Perak FC pada Jun 2022 dan pernah bermain di beberapa kelab di Portugal, Slovakia dan Republik Czech.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!