Innity lancar platform Passionation
Passionation bertujuan membantu pemasar mencari ruang direktori khusus yang menghubungkan mereka dengan lebih 2,000 influencer daripada 11 niche dalam kategori masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Innity, Phang Chee Leong berkata, platform itu menggunakan kecekapan analisis Artificial Intelligence' (AI) untuk memacu pengurusan dengan menghubungkan influencer dalam mendapatkan padanan terbaik terhadap jenama yang akan dipasarkan sekali gus menghasilkan kandungan pemasaran lebih menarik dan sahih bagi tujuan promosi berkesan.
Katanya, setakat ini Passionation telah menghubungkan lebih 2,000 influencer dengan lebih 500 perniagaan antaranya KFC, AirAsia, INTI, Milo, Laneige, dan banyak lagi.
"Rancangan kami menerusi Passionation adalah untuk menjadikan aktiviti promosi antara pemasar dan influencer lebih mudah dan telus," katanya pada majlis pelancaran Passionation di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Passionation ditawarkan di seluruh rantau Asia Pasifik melibatkan negara-negara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!