Hospital Pakar KPJ Damansara sokong usaha kesedaran kesihatan

Antara orang awam yang tidak melepaskan peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma pada Hari Kesihatan Komuniti Damansara yang diadakan di Klinik BeHealth pada Ahad.
Antara orang awam yang tidak melepaskan peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma pada Hari Kesihatan Komuniti Damansara yang diadakan di Klinik BeHealth pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Hospital Pakar KPJ Damansara mengadakan Hari Kesihatan Komuniti Damansara sebagai menyokong usaha meningkatkan kesedaran kesihatan kepada masyarakat khususnya pada pasca Covid-19.

Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Rozman Idrus berkata, program diadakan di Klinik BeHealth di sini pada Ahad mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Klinik BeHealth dan Viatris Malaysia.

Menurutnya, pengunjung diberikan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma selain perkongsian pengetahuan mengenai pemakanan sihat, denggi, influenza dan cacar monyet.

"Lebih 150 peserta berusia 35 tahun dan ke atas mengambil peluang untuk menjalani ujian darah dan mereka boleh mendapatkan konsultansi kesihatan di Klinik BeHealth pada minggu berikutnya berdasarkan ujian darah mereka.

"Selepas itu, bagi mereka memerlukan rawatan lanjut dan khidmat pakar, kami di Hospital Pakar KPJ Damansara bersedia memberikan perkhidmatan tersebut," katanya pada Hari Kesihatan Komuniti Damansara di Klinik BeHealth di sini pada Ahad.

Mohamad Azhan (lima dari kiri) melancarkan Klinik BeHealth secara rasmi pada program tersebut.
Mohamad Azhan (lima dari kiri) melancarkan Klinik BeHealth secara rasmi pada program tersebut.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir menyempurnakan program itu disusuli acara memotong riben sebagai gimik perasmian pembukaan Klinik BeHealth.

Dr Rozman berkata, Hospital Pakar KPJ Damansara sentiasa membuka peluang kerjasama dengan klinik-klinik berdekatan untuk mempromosi perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat.

"Ada kala klinik beroperasi secara senyap dan masyarakat tidak mengetahui perkhidmatan disediakan.

"Kami mempunyai bahagian pemasaran yang bersedia membantu mempromosi perkhidmatan klinik-klinik berkenaan melalui program bersesuaian termasuk pelancaran pembukaan.

"Kerjasama ini berbentuk dua hala, dapat membantu mempromosi klinik berkenaan dan jika mereka memerlukan khidmat pakar, kami sedia membantu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!