Isu LCS: Kenapa projek lari jauh dari tarikh siap?

Tangkap layar kenyataan Wan Saiful menerusi Facebooknya pada Ahad.
Tangkap layar kenyataan Wan Saiful menerusi Facebooknya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan mengapa projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) mengambil masa lama untuk disiapkan dari tempoh sebenar.

Sedangkan katanya, kapal terbabit seharusnya disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lepas.

“Isu sebenar bukan sama ada kapal itu wujud atau tidak. Tapi isunya ialah projek itu dah terlalu jauh tersasar dari tempoh siap yang dinyatakan dalam kontrak, dan progress tidak sepadan dengan jumlah RM6 bilion yang telah dibayar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Justeru katanya, UMNO didesak supaya tidak mengalihkan perhatian rakyat dengan menyatakan bahawa kapal tersebut wujud dan sedang disiapkan.

"Kenapa tiada tindakan apabila projek sebegini besar lari jauh dari tarikh siap yang dipersetujui? Kenapa duit dibayar sebegitu banyak sehingga tidak sepadan dengan progress projek? Kenapa pandangan Panglima Tentera Laut Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditolak sehingga kapal yang dibeli bukan kapal yang dikehendaki oleh TLDM?

"Adakah ada apa-apa salah laku di sebalik skandal ini? Adakah sesiapa kaut untung hingga berbilion ringgit?. Itu soalan-soalan sebenar. Bukan sama ada kapal wujud atau tidak.

"Saya jangka UMNO akan bermati-matian cuba melarikan perhatian rakyat dan mengelirukan rakyat. Sebab pemimpin tertinggi UMNO dinamakan secara terus dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," katanya.

Sinar Harian baru-baru ini melaporkan, pihak media dibawa melihat perkembangan pembinaan LCS pertama dan meninjau gudang simpanan kapal Boustead Naval Shipyard (BNS) yang menempatkan perkakasan berkaitan projek LCS.

Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Ir Azhar Jumaat berkata, kerja pembinaan ke atas kelima-lima LCS yang ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut itu masih berjalan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!