MAHA 2022 diharap jadi platform golongan muda ceburi pertanian

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menandatangani plak digital pada Majlis Penutup sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), pada Ahad. - Foto Bernama
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menandatangani plak digital pada Majlis Penutup sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang melabuhkan tirai semalam, diharap menjadi platfrorm untuk golongan muda menceburi bidang pertanian.

Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Kamal Badrin Hassan berkata, masyarakat perlu meneroka bidang itu bagi membantu dalam proses pengeluaran makanan dalam negara dan memenuhi keperluan rakyat.

"Kita berharap lebih ramai individu muda dan syarikat akan venture dalam bidang pertanian dan keluarkan makanan bagi keperluan negara kita sendiri. Kita tidak perlu bergantung kepada import,” katanya kepada Bernama.

"...sebab mungkin satu hari nanti apabila banyak musibah berlaku di seluruh dunia, negara lain tidak mahu eksport makanan kepada kita, pada masa itu, kita akan berada dalam keadaan yang sangat kritikal,” tambahnya.

Beliau berkata, penganjuran MAHA 2022 telah menonjolkan cara pengeluaran makanan menggunakan teknologi tinggi untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan dari segi penggunaan jentera dan dron.

"Tanah terbiar dalam Malaysia ini masih banyak yang boleh diusahakan. Jadi kita buat MAHA ini supaya orang datang tengok apa peluang mereka, dan kalau ada tanah terbiar, apa tanaman yang boleh diusahakan dan memberi pulangan yang lumayan,” katanya.

Kamal berkata, penganjuran pameran itu bertujuan menjadikan Malaysia negara pengeluar makanan utama di rantau ini semula, serta berupaya untuk mengeksport makanan ke luar negara dengan kapasiti lebih tinggi bersesuaian dengan tema MAHA tahun ini iaitu ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’.

Pameran MAHA kali ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran melebihi 1.4 juta pengunjung dan nilai jualan melangkau RM260 juta, melepasi sasaran yang ditetapkan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!