Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Rayuan akhir kes SRC Najib: Laungan ‘hidup bossku’ bergema di Putrajaya

15 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 15 OGOS 2022

Penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mewakili Bossku Laskar Cyber iaitu Nuriah Daud memberi sokongan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu supaya diberi keadilan serta dibebaskan daripada sebarang pertuduhan.

Setakat ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak meminda notis usul dalam permohonannya bagi memasukkan bukti tambahan berhubung keterangan beberapa individu ke dalam rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar rayuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pada Isnin atas sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa