Kempen manisan ShoogaGoola meriahkan MyTOWNKL

Perhiasan manisan memenuhi pusat beli-belah MyTOWNKL sempena kempen ShoogaGoola yang berlangsung selama sebulan bermula 27 Julai lalu.
Perhiasan manisan memenuhi pusat beli-belah MyTOWNKL sempena kempen ShoogaGoola yang berlangsung selama sebulan bermula 27 Julai lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah MyTOWNKL anjur kempen ShoogaGoola selama sebulan bermula 27 Julai lalu.

Pengurus Pusat MyTOWN KL, Mohd Azhan Che Mat berkata, ShoogaGoola adalah gabungan perkataan 'sugar' dan gula yang sinonim dengan manisan yang merupakan salah satu kegemaran rakyat Malaysia.

Menurutnya, animasi pelbagai manisan menghiasi pusat beli-belah itu sepanjang kempen berlangsung.

"Ini adalah masa pencinta manisan di seluruh negara meraikan dan merasai sendiri pengalaman bergembira sepanjang kempen berlangsung.

"Ia bukan rahsia bahawa manisan mampu menghilangkan stres dan dapat mengubah mood seseorang dengan cepat, " katanya menerusi kenyatan pada Khamis.

Beliau berkata, pengunjung berpeluang memenangi hadiah menerusi pertandingan Instagram #ShoogaGoola dengan berkongsi gambar bersama animasi seperti Boba Loba, Hoola Donna, Cheri Berrie dan Koko Loco yang terdapat di sana.

Antara pengunjung yang hadir memeriahkan kempen ShoogaGoola di MyTOWNKL
Antara pengunjung yang hadir memeriahkan kempen ShoogaGoola di MyTOWNKL

"Pengunjung juga boleh menyertai bengkel menghiasi biskut selain pertandingan Ice Cream Eating Challenge, Scoop an Weigh Challenge, Match and Colour Challenge pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

"Pengunjung boleh menikmati harga istimewa atau menebus mata di Hoola Donna buat pemegang keahlian aplikasi MyTOWNKL selain berpeluang menikmati gula-gula kapas percuma," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Azhan memberitahu maklumat lanjut kempen serta pengisian acara boleh didapati dengan melayari laman web ShoogaGoola Weekend Activities.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!