Harap dapat temui ayah untuk jadi wali

Sharifah Nurfarahana
Sharifah Nurfarahana
A
A
A

HULU TERENGGANU – Seorang gadis dari Kuala Berang, di sini berharap dapat menemui bapa kandung untuk dijadikan wali pernikahan yang dijangka berlangsung pada Oktober nanti.

Sharifah Nurfarahana Tuan Muda @ Syed Mustaffa,26, berkata, mereka sekeluarga sebelum ini sudah berusaha mencari bapanya, Tuan muda @ Syed Mustaffa Tuan Sidek, 70, namun gagal.

“Sudah 20 tahun saya tidak jumpa ayah. Selepas ayah berpisah dengan ibu, Juliah A. Bakar pada tahun 2001, kami sekeluarga terputus hubungan dengan ayah.

“Mengikut maklumat, ayah dikatakan tinggal di Kuala Terengganu tapi saya tidak tahu mahu cari di mana sebab tidak mengenali ahli keluarga ayah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Selasa.

Sehubungan itu, Sharifah Nurfarahana berharap dapat berjumpa dengan ayahnya supaya majlis perkahwinan nanti berjalan lancar.

“Besar harapan saya supaya ayah ditemui dan orang ramai yang mengetahui maklumat tentang ayah boleh hubungi saya di talian 011-37403424,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!