Padah tunggang motosikal dalam keadaan mabuk

Tertuduh diiring polis di mahkamah
Tertuduh diiring polis di mahkamah
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Padah menunggang motosikal dalam keadaan mabuk, seorang pekerja buruh dihukum penjara 14 hari dan didenda RM10,000 serta lesen memandu digantung dua tahun oleh Mahkamah Majistret Khas Trafik Seremban pada Selasa.

Majistret Intan Syafinaz Ros'lin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Tan Han Chiew, 58 yang membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menunggang motosikal jenis Modenas dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol sebanyak 151 miligram(mg) dalam 100 milimeter(ml) darah yang mana ia melebihi 101 mg alkohol dalam 100ml darah dari jumlah dihadkan iaitu 50 mg alkohol dalam 100 ml.

Kesalahan itu dilakukan pada 11 Februari 2022 jam lebih kurang 11.05 malam di Jalan Lingkaran Permai di Seremban.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara

tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM 30,000.

Selain itu boleh menyebabkan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan, Shanmugavell.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!