Kakitangan MDTM cedera dipukul

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) cedera di kepala selepas dipercayai dipukul dalam kejadian di tepi Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Tuan Kob Tuan Muda, 48, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Pangkal Manak di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintanden Mohd Razi Rosli berkata, mangsa kemudian ditahan oleh sebuah kereta berwarna putih di tepi Jalan Pasir Mas-Tanah Merah berhadapan kedai Salim Aziz Textile.

Menurutnya, mangsa telah didatangi dua lelaki yang tidak dikenali dan terus memukulnya di bahagian kepala sebelah kiri dan badan.

"Bagaimanapun mangsa sempat mengelak dan melarikan diri dari kawasan tersebut.

"Kes disiasat bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!