Objek misteri jatuh dari langit
WASHINGTON - Seketul besar logam jatuh dari langit dan melekat di tanah di luar bangunan Maine State Capitol di Augusta, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Objek itu hampir menimpa seorang anggota yang hadir di kawasan bangunan kerajaan itu.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari dengan dua orang lain yang berada di kawasan itu turut menyaksikan objek tersebut jatuh.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah dimaklumkan tentang penemuan tersebut dan pergi ke bangunan tersebut untuk melakukan siasatan, kata Ketua Polis Capitol, Matthew Clancy.
Logam itu terkena pada kepingan granit yang melapisi pejalan kaki kira-kira 6 hingga 8 kaki dan hampir mengenai bangunan itu sendiri, katanya.
FAA percaya logam yang seberat lebih 2 kilogram itu jatuh dari sayap sebuah pesawat penumpang yang besar. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!