Kebakaran gereja: Malaysia ucap takziah buat Mesir

Orang ramai membawa keranda salah seorang mangsa yang maut dalam kebakaran gereja, di luar hospital Imbaba, di Giza, Mesir pada
Orang ramai membawa keranda salah seorang mangsa yang maut dalam kebakaran gereja, di luar hospital Imbaba, di Giza, Mesir pada
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan khususnya rakyat Mesir yang menjadi mangsa dalam insiden kebakaran gereja Abou Seifain, Ahad lalu.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataannya pada Rabu turut mengajak semua pihak mendoakan Mesir.

"Dalam keadaan sukar ini, doa kami mengiringi mangsa dan keluarga," katanya.

Sekurang-kurangnya 41 penganut Kristian Koptik terkorban dalam kebakaran gereja di bandar Giza, dengan kebanyakan mangsa melibatkan kanak-kanak.

Litar elektrik mencetuskan percikan api ketika hampir 5,000 penganut berkumpul di dalam gereja Abou Seifain dekat kejiranan Imbaba, mengakibatkan rempuhan.

Kira-kira 50 orang turut cedera dalam insiden tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!