Pengasas DAP meninggal dunia

Dr Chen Man Hin (kiri) dan Kee Chin. - Foto Facebook Cha Kee Chin
Dr Chen Man Hin (kiri) dan Kee Chin. - Foto Facebook Cha Kee Chin
A
A
A

SEREMBAN - Pengasas parti DAP, Dr Chen Man Hin, 98, meninggal dunia di rumahnya di Seremban pada Rabu.

Perkara itu dikongsi Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin di laman Facebooknya.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan berita sedih itu diterima daripada ahli keluarga mendiang.

"Mendiang mempunyai lima orang anak dan difahamkan meninggal dunia di samping keluargnya," katanya.

Man Hin merupakan Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan telah dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!