'Hanya lima daripada 100 berita disiar benar' - Ronaldo

Ronaldo kecewa dengan media yang melaporkan berita tidak benar mengenai hasrat perpindahannya pada musim ini. - Foto Eurosport.
Ronaldo kecewa dengan media yang melaporkan berita tidak benar mengenai hasrat perpindahannya pada musim ini. - Foto Eurosport.
A
A
A

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo meluahkan rasa kesal apabila media kerap melaporkan berita tidak tepat mengenai perpindahannya.

Kapten Portugal itu mendakwa hanya sekitar lima peratus daripada 100 berita yang disiarkan adalah benar.

"Mereka akan tahu mengenai kebenaran apabila saya ditemubual dalam beberapa minggu lagi.

"Media bercakap bohong. Saya mempunyai buku nota dan dalam beberapa bulan terakhir ini daripada 100 berita mengenai saya, hanya lima yang betul.

"Bayangkan bagaimana keadaannya. Suatu hari anda akan mendapat berita yang benar," katanya menjawab di akaun Instagram peminat.

Penyerang berusia 37 tahun itu terdesak untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini dan mahu menyertai kelab yang boleh memberikan aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Ronaldo masuk sebagai pemain gantian ketika Manchester United tewas perlawanan pembukaan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Brighton 1-2, sebelum disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika dibelasah 0-4 di Brentford.

United menyatakan Ronaldo tidak akan dijual pada minggu terakhir jendela perpindahan pemain, lapor Sportsmail.

Berbaki dua minggu lagi sebelum jendela perpindahan pemain ditutup, yang menyaksikan Ronaldo akan menyatakanpendiriannya.

Ronaldo juga terlepas sebahagian besar persediaan pra-musim The Red Devils berikutan spekulasi mengenai masa depannya, sambil kelab menyatakan dia tidak hadir kerana masalah peribadi.

Selepas menyertai semula United tahun lalu, Ronaldo menjaringkan 24 gol dalam semua kejohanan.

Minggu ini, Ronaldo dilaporkan antara pemain senior di United yang menggesa pihak atasan kelab supaya melabur untuk mendapatkan pemain baharu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!