Umpan keluar makan sebelum dirogol

PDRM
PDRM
A
A
A

PETALING JAYA - Niat seorang gadis untuk keluar makan bersama rakannya berakhir dengan detik hitam apabila mangsa dirogol bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Saujana Damansara Damai di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mangsa berumur 19 tahun itu dirogol rakannya bersama dua lelaki lain di lokasi berkenaan kira-kira jam 1 pagi.

"Kejadian berlaku apabila mangsa pergi ke rumah rakannya itu setelah diajak keluar makan bersama.

"Bagaimanapun mangsa dirogol rakannya bersama dua lagi lelaki," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, siasatan dijalankan kemudian membawa kepada penangkapan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

"Ketiga-tiga suspek berumur 21 hingga 23 tahun itu diberkas di lokasi sama.

"Kesemua suspek direman tujuh hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!