Pingat emas pertama dari Konya!
TRIO compound lelaki negara melakar kejutan apabila meraih pingat emas selepas menang tipis ke atas Indonesia pada aksi final di Sukan Perpaduan Islam 2021 di Konya, Turkiye pada Rabu.
Pasukan kebangsaan menduduki ranking ke-44 dunia dibarisi Mohd Juwaidi Mazuki, Eugene Loh dan Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli menumpaskan Indonesia - Deki Adika Hastian, Hendika Pratama Putra dan Prima Wisnu Wardhana, 229-228.
Berdasarkan ranking terkini Memanah Dunia, skuad compound lelaki Indonesia kini menduduki ranking ke-34 dunia.
Sementara itu, Iran membawa pulang gangsa selepas menundukkan tuan rumah, 233-230.
Edisi kelima temasya sukan itu yang membuka tirai secara rasmi pada 9 Ogos dijadual berakhir 18 Ogos. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!