Benam trend buruk dengan perkongsian lebih baik

Da’i Syed dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Perang ‘Content’ Media Sosial yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Da’i Syed dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Perang ‘Content’ Media Sosial yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Trend kandungan buruk di media sosial perlu dibenamkan dengan perkongsian yang lebih baik.

Pendakwah Selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata, dalam era media sosial yang semakin berkembang pada masa sekarang, terdapat perkongsian yang dibuat berdasarkan trend semasa di platform berkenaan.

Ujarnya, dia juga sentiasa melihat trend media sosial dari semasa ke semasa supaya ia dapat ditambah baik dengan menerapkan nilai-nilai positif dalam konten yang akan datang.

“Saya perlu juga ambil tahu benda (trend) seperti ini supaya dapat menilai perkara itu.

“Jika trend itu buruk, maka saya kenalah buat sesuatu (perubahan), daripada trend ‘bad marketing’ (pemasaran buruk) kita benamkan dengan benda yang baik,” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Perang ‘Content’ Media Sosial yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Turut diundang menjadi panelis adalah pempengaruh media sosial, Zack Merican dan artis, Nubhan manakala Hazlin Hussain bertindak sebagai moderator.

Ulasnya, trend yang positif secara langsung juga memberi galakan dan dorongan kepada orang ramai untuk melakukan kebaikan.

“Bagi pendapat saya sendiri, kalau ‘content’ itu memberi manfaat contohnya dalam tiga puluh tahun itu, dia beri duit, bungak atau apa-apa hadiah kepada ibunya.

“Mungkin perkara itu menjadi nilai ikutan kepada kita yang melihat dan menjadikannya sebagai idola,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!