Niaga hadapan FBM KLCI bergerak tinggi pada awal dagangan

Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 3.32 mata kepada 1,521.48 pada awal dagangan.
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 3.32 mata kepada 1,521.48 pada awal dagangan.
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya bergerak lebih tinggi pagi ini, sejajar dengan sentimen yang lebih baik dalam pasaran tunai asas.

Pada jam 9.25 pagi Khamis, Ogos 2022 naik 2.5 mata kepada 1,522.50, September 2022 meningkat 3.0 mata menjadi 1,506.5, manakala Disember 2022 dan Mac 2023 tidak berubah pada 1,513.0 dan 1,498.0.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 950 lot dengan kepentingan terbuka 35,337 kontrak.

Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 3.32 mata kepada 1,521.48. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!