Wanita dipenjara 34 tahun kerana ciapan di Twitter

Salma al-Shehab - Foto: Democracy Now
Salma al-Shehab - Foto: Democracy Now
A
A
A

RIYADH - Mahkamah Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman penjara selama 34 tahun ke atas seorang wanita berikutan aktiviti-aktivitinya di Twitternya, menurut dokumen mahkamah yang dilihat oleh AFP pada Rabu.

Hukuman yang dikeluarkan terhadap wanita tersebut, Salma al-Shehab diputuskan kerana dia membantu para penentang yang cuba mengganggu ketenteraman awam di negara berkenaan.

Dia telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Rayuan Arab Saudi pada 9 Ogos lalu, menurut dokumen berkenaan.

Shehab yang merupakan calon doktor falsafah di Universiti Leeds, Britain dan ibu kepada dua orang anak juga dilarang ke luar negara selama 34 tahun lagi sebagai sebahagian daripada hukuman itu.

Dengan kira-kira 2,600 pengikut di Twitter, dia kerap membuat ciapan di Twitter mengenai hak-hak wanita di negara tersebut.

Hukuman itu dibuat semasa tindakan keras terhadap aktivis hak-hak asasi manusia di negara Teluk yang kaya dengan minyak itu.

Keputusan tersebut berlaku kurang daripada sebulan selepas Presiden Ametika Syarikat (AS), Joe Biden melawat Arab Saudi.

Shehab telah ditangkap di Arab Saudi pada Januari 2021 ketika dia sedang bercuti daripada pengajiannya di United Kingdom - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!