77 maut, 200,000 akibat terjejas banjir di Yaman: PBB

PBB dan rakan kongsinya sedang berusaha menyalurkan bantuan kepada keluarga yang paling teruk terjejas dengan menyediakan tempat tinggal, makanan, air, perkhidmatan sanitasi dan kebersihan serta bekalan penting yang lain. - Foto IFRC
PBB dan rakan kongsinya sedang berusaha menyalurkan bantuan kepada keluarga yang paling teruk terjejas dengan menyediakan tempat tinggal, makanan, air, perkhidmatan sanitasi dan kebersihan serta bekalan penting yang lain. - Foto IFRC
A
A
A

NEW YORK - Sekurang-kurangnya 77 orang terkorban termasuk kanak-kanak, dalam kejadian banjir yang melanda sejak pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos serta menjejaskan lebih 200,000 penduduknya, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor Xinhua.

Hujan lebat mencetuskan kejadian banjir di 16 daripada 20 bahagian di negara itu, menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

"PBB dan rakan kongsinya sedang berusaha menyalurkan bantuan kepada keluarga yang paling teruk terjejas dengan menyediakan tempat tinggal, makanan, air, perkhidmatan sanitasi dan kebersihan serta bekalan penting yang lain," menurut OCHA.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB menerusi laporan awalnya memberi amaran hujan lebat akan berterusan sehingga Sabtu di kebanyakan kawasan, dan menjejaskan 20,000 penduduk.

OCHA memaklumkan akibat kekurangan dana, ia mengehadkan tindak balas rakan kongsi kemanusiaan terhadap misi bantuan banjir, dengan banyak unit utama bantuan kemanusiaan berdepan isu kekurangan dana yang kritikal.

Unit penyelarasan dan pengurusan kem telah menerima kurang daripada satu peratus pembiayaan yang diperlukan tahun ini.

Unit Mekanisme Tindak Balas Pantas masih belum menerima sebarang pembiayaan.

Badan dunia itu menggalakkan semua penderma untuk meningkatkan sokongan bagi menyokong pelan tindak balas kemanusiaan di Yaman, menurut OCHA. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!