Festival Kuih Bulan
Ketibaan pengunjung di sebuah restoran Dim Sum di Lebuh Cintra disambut dengan lebih 2,000 tanglung kertas kaca berwarna-warni yang dipasang sempena kedatangan Festival Kuih Bulan tahun ini.
Festival Kuih Bulan juga dikenali sebagai Festival Pertengahan Musim Luruh, diraikan pada hari ke-15 bulan kelapan kalendar lunar Cina dan tahun ini perayaan itu jatuh pada 10 September depan.
Tanglung yang menghiasi ruang dalaman restoran tersebut menampilkan pelbagai bentuk haiwan dan makhluk mitologi Cina seperti naga timur, burung phoenix dan Qilin, serta pelbagai jenis watak kartun seperti Spiderman, Hello Kitty, Pikachu dan lain-lain.
Hiasan bermusim yang unik di restoran itu juga merupakan tradisi yang dilakukan sejak 20 tahun lepas. Tanglung-tanglung itu juga dijual kepada orang ramai berharga antara RM12 hingga RM45 mengikut saiz dan bentuk. Kesemua tanglung yang dijual di restoran itu dibuat dan dibekalkan oleh pembuat tanglung tempatan dari seluruh Malaysia. - Foto Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!