PM ucap takziah atas pemergian Toh Puan Zurina

catatan di laman Facebook rasmi Perdana Menteri hari ini.
catatan di laman Facebook rasmi Perdana Menteri hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan keluarga atas kehilangan isterinya, Toh Puan Zurina Kassim hari ini.

"Didoakan semoga keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama para solehah. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Allahyarhamah meninggal dunia di rumahnya di Bukit Damansara di sini kira-kira 10.10 pagi tadi.

Zurina, 78, dilahirkan di Duyong, Melaka pada 13 Julai 1944, mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khalil pada 28 Feb 1965 dan dikurniakan tiga anak. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!