Udang hidup 'masak' akibat panas terik di China
BEIJING - Seorang wanita di China mendapati beberapa ekor udang hidup yang dibelinya dari sebuah pasar raya akhirnya mati apabila tiba di rumah kerana cuaca panas baru-baru ini.
Wanita itu yang dikenali sebagai Fang pada mulanya mahu membeli beberapa ekor udang sebagai ramuan hidangan untuk makan tengah hari di Xinyang, Wilayah Henan, China Tengah.
Apabila pulang ke rumah lebih sejam kemudian, dia mendapati bahawa udang yang telah hidup semasa dibeli semuanya mati akibat cuaca panas.
Udang itu diletakkan di dalam beg berisi air ketika dia membelinya di sebuah pasar raya.
Sungguh luar biasa bahawa enam daripadanya telah masak sepenuhnya dan warnanya bertukar menjadi kemerah-merahan, menurut Global Times.
Fang berkata bahawa pada hari itu, suhu adalah lebih 40 darjah Celsius ketika dia meletakkan beg berisi udang tersebut di tempat duduk belakang basikal elektriknya.
Mungkin tempat duduk menjadi panas disebabkan oleh cahaya matahari sehingga menyebabkan udang tersebut 'masak ' seolah-olah telah 'direbus’. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!