Honor 70 tawar imej lebih unggul

Dari kiri: Matthew, Ketua Pegawai Eksekutif Honor Malaysia, Justin Li dan selebriti, Ruhainies ketika pelancaran Honor 70 pada Khamis.
Dari kiri: Matthew, Ketua Pegawai Eksekutif Honor Malaysia, Justin Li dan selebriti, Ruhainies ketika pelancaran Honor 70 pada Khamis.
A
A
A

HONOR Malaysia (Honor) kini melancarkan model terbaharunya, Honor 70 yang dilengkapi dengan Kamera Penderiaan Super IMX800 bagi menawarkan ciri pengimejan lebih unggul pada harga RM1,999.

Timbalan Pengarah Negara Honor Malaysia, Matthew Ng berkata, melalui teknologi dwi filem, tekstur tiga kali ganda dan dwi lapisan, efek kedalaman Honor 70 terserlah apabila tekstur bayangnya kelihatan seakan-akan kilauan berlian, menjadikannya kelihatan elegan dan mewah.

“Mengetengahkan Kamera Utama Penderiaan Super IMX800 54 megapiksel (MP), Honor 70 memperkenalkan penderia flagship SONY IMX800 1/1.49 inci yang boleh menangkap lebih cahaya untuk menghasilkan gambar lebih cerah dan jelas, terutamanya pada waktu malam atau cahaya latar yang malap.

“Berdasarkan gambar yang ditunjukkan semasa pelancaran, terbukti bahawa semakin besar sensor membolehkan lebih banyak cahaya diserap dan gambar dihasilkan lebih cerah walaupun dalam keadaan kurang bercahaya.

“Pratempah bermula Khamis sehingga 26 Ogos dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM597 iaitu Honor Earbuds 2 Lite, sarung Honor 70 dan jaminan lanjutan satu tahun,” katanya ketika Majlis Pelancaran Honor 70 Malaysia pada Khamis.

Jelas Matthew, Honor 70 dilengkapi Kamera Ultra Lebar 122o 50MP yang boleh digabungkan dengan kamera makro.

Ujarnya, selain mempunyai sistem dwi kamera utama yang terbaik dalam kelas tersendiri, peranti itu juga menampilkan peneraju industri ‘Computational Photography’ yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dan Honor Image Engine bagi menghasilkan imej dan rakaman mengagumkan, berdefinisi tinggi dengan gaya unik serta stabil.

Honor 70 didatangkan dengan warna Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black pada harga RM1,999.
Honor 70 didatangkan dengan warna Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black pada harga RM1,999.

“Malah, Honor 70 juga tidak kurang hebatnya dari segi prestasi, ia didatangi bateri besar 4800 mAh dengan berat hanya 178 gram (g).

“Telefon pintar menarik dan bergaya ini mudah dibawa ke mana-mana sama ada digenggam atau disimpan di dalam poket dan beg tangan. Dari segi paparan, Skrin Dwi Lengkung Super bercirikan bezel nipis menjadikan nisbah skrin ke badan 93.7 peratus.

“Honor 70 hadir dengan warna Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black. Orang ramai juga boleh memiliki peranti ini menerusi kaedah bayaran ansuran 12 bulan dengan kosong peratus faedah di Hihonor.com pada harga serendah RM166.60 sebulan,” katanya.

Honor dalam masa sama turut melancarkan Honor MagicBook 14 dan Honor Pad 8 di mana kedua-dua peranti itu dijual di seluruh negara bermula 27 Ogos ini.

Menurutnya, Honor MagicBook 14 merupakan komputer riba 14 inci pertama dalam industri yang menggunakan bateri 75 watt (W).

“Baterinya boleh bertahan untuk main balik video 1080p sehingga 15 jam atau 10.5 jam bagi tujuan kerja. Disokong Honor SuperCharge 100W, cukup hanya 15 minit pengecasan untuk 3.5 jam kerja, manakala 80 minit untuk bateri dicas penuh,” katanya.

Jelas Matthew, Honor Pad 8 pula merupakan model terbaharu tablet jenama itu yang menawarkan pengalaman hiburan tanpa batas dengan pelbagai ciri pintar.

Ujarnya, Honor Pad 8 dimuatkan lapan pembesar suara, teknologi Honor Histen dan DTS:X® Ultra yang membolehkan ia menghasilkan bunyi rancak dan dinamik 360°.

“Bagi meningkatkan produktiviti, Honor Pad 8 disokong oleh ‘Multi-Windows Viewing’, memisahkan skrin dan membuka sehingga empat tetingkap serentak tanpa perlu menutup skrin lain,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!