Celcom pamer solusi perniagaan bantu perusahaan di Malaysia

Celcom Business Tech Week diadakan bermula 18 hingga 26 Ogos ini di ibu pejabat Celcom di Petaling Jaya, Selangor.
Celcom Business Tech Week diadakan bermula 18 hingga 26 Ogos ini di ibu pejabat Celcom di Petaling Jaya, Selangor.
A
A
A

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menganjurkan Celcom Business Tech Week @celcom bermula 18 hingga 26 Ogos ini di ibu pejabat Celcom di Petaling Jaya, Selangor.

Ia dibuka kepada pemilik perniagaan, perusahaan serta pegawai sektor awam untuk mengalami dan membiasakan diri dengan solusi digital yang berpotensi untuk organisasi mereka.

Celcom dalam satu kenyataan berkata, kempen itu bertujuan untuk menyokong dan mempercepatkan penggunaan digital dalam kalangan perniagaan tempatan untuk memacu operasi harian, produktiviti dan memastikan kemampanan perniagaan mereka.

“Disokong oleh rangkaian yang terluas di negara ini, ekosistem solusi teknologi Celcom terdiri daripada rakan kongsi digital bertaraf dunia dengan kerjasama bersama 39 rakan kongsi teknologi yang mana 24 daripadanya adalah organisasi tempatan,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Pengunjung mendengar penerangan mengenai solusi digital yang berpotensi untuk organisasi mereka.
Pengunjung mendengar penerangan mengenai solusi digital yang berpotensi untuk organisasi mereka.

Menurut kenyataan itu, memahami kekangan yang dihadapi oleh kebanyakan perusahaan pada hari ini, termasuklah kemahiran, sumber, masa dan pengetahuan buat perniagaan yang terhad, Celcom Business ingin mendekati perusahaan sama ada kecil atau besar, sektor awam dengan memperkenalkan solusi yang relevan bagi membantu perniagaan dalam menghubungkan masyarakat dari serata dunia dengan solusi mudah alih.

“Menghubungkan pelbagai tempat dengan solusi Tetap, menghubungkan alatan mesin dengan menggunakan solusi IoT yang menyediakan cerapan masa nyata, mengurus data dengan solusi Cloud serta melindungi data dengan solusi Keselamatan Siber.

“Pengunjung yang melawat Celcom Business Tech Week @celcom akan berpeluang untuk mengalami kepelbagaian solusi daripada 15 pameran dunia sebenar oleh 10 rakan kongsi berbeza yang terdiri daripada peranti, Tetap, IoT, Cloud dan Keselamatan Siber,” kata kenyataan itu.

Bagi memastikan komuniti peniaga yang lain tidak dipinggirkan, Celcom Business Tech Week akan turut diadakan di beberapa kawasan di luar Lembah Klang sepanjang tahun 2022 bagi mempamerkan pelbagai solusi digital yang akan membantu dalam inovasi dan memperkasa perusahaan merentasi industri secara digital.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Celcom Axiata Berhad, Afizulazha Abdullah berkata, memandangkan negara sedang berkembang pesat ke arah pendigitalan, Celcom sebagai pemain industri utama berusaha untuk memastikan perusahaan dilengkapi dengan solusi teknologi yang terkini bagi perniagaan mereka.

“Celcom Business Tech Week menangani cabaran yang biasa dihadapi dengan menerapkan solusi teknologi ke dalam perniagaan mereka.

“Bagi mengikuti perubahan yang terkini, setiap organisasi memerlukan rakan kongsi yang bukan sahaja dapat memastikan mereka bergerak tetapi juga memberi inspirasi kepada mereka untuk berkembang dengan lebih maju. Rakan kongsi seperti Celcom Business,” katanya.

Beliau berkata, Celcom akan terus menjadi penyedia perkhidmatan yang boleh dipercayai pelanggan dengan menyediakan liputan terluas serta prestasi rangkaian yang konsisten.

“Kami ingin menjemput pemilik perniagaan, perusahaan dan pegawai sektor awam untuk mengalami sendiri teknologi inovatif dan solusi digital terkini yang bakal memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan perniagaan, serta memacu kemajuan negara,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk melawat Celcom Business Tech Week @celcom yang akan diadakan dari 18 hingga 26 Ogos 2022 (tidak termasuk Sabtu dan Ahad), hendaklah daftar dan membuat janji temu.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Celcom Business, sila layari https://business.celcom.com.my/.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!