ACC BMX 2022: Awas ancaman Jepun-Korea Selatan

Ryo Shimada antara pelumba Jepun yang dijangka menggegar ACC BMX 2022.
Ryo Shimada antara pelumba Jepun yang dijangka menggegar ACC BMX 2022.
A
A
A

KEJOHANAN Lumba Basikal BMX Asia 2022 (ACC BMX 2022) membuka tirainya secara rasmi di Arena BMX Nasional, Bandar Baru Nilai pada Sabtu lebih terarah kepada persaingan antara Jepun dan Korea Selatan.

Tampil selaku dua gergasi di rantau Asia, Jepun dan Korea Selatan dijangka mendominasi persaingan kali ini dalam perebutan mata Kelayakan Sukan Olimpik 2024 Paris.

Tindakan jurulatih Jepun, Masa Sampei 'menerbangkan' barisan terkuat membuktikan pelumba dari negara Matahari Terbit itu sudah bersedia untuk menepati ramalan sebagai pasukan pilihan.

Selepas cemerlang pada Kejohanan BMX Sedunia 2022 di Nantes, Perancis Julai lalu, Jepun percaya ACC BMX 2022 menjadi pentas terbaik untuk pelumba mereka mengesahkan status sebagai pasukan nombor satu Asia.

Bagi pasukan kebangsaan Malaysia pula, Arena BMX Nasional menjadi platform pertama pada tahun ini bagi memburu pengiktirafan dan kejayaan setanding yang dikecapi disiplin trek, lebuh raya dan basikal bukit (MTB).

“Semua pasukan yang bertanding harus bergembira ketika berlumba... jangan rasa tertekan. Saya nasihatkan anak-anak buah saya enjoy sahaja ketika berlumba.

“Tetapi saya juga nasihatkan mereka tidak memandang rendah keupayaan pelumba dari negara lain. Saya tidak mahu mereka berasa terlalu selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab mengesahkan lebih 350 pelumba telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan kali ini.

“Saya akui sangat terperanjat dengan penyertaan pelumba kelab BMX dari Korea Selatan, Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia.

“Korea Selatan misalnya telah menhantar kontinjen terbesar dan sanggup berbelanja besar untuk beraksi pada kejohanan ini,” ujarnya.

Enam acara dipertandingkan dalam ACC BMX 2022 iaitu elit lelaki, elit wanita, Bawah 23 Tahun (B-23) lelaki, B-23 wanita, junior lelaki dan junior wanita.

Antara kelab yang mengesahkan penyertaan termasuk Samut Prakan Provicial Cycling Association, CK Racing Team Thailand Team, Terengganu Hanelang, Tuah Racing Singapore, BMX Putra Asahan Provinsi Sumatera Utara, Stay Strong Thailand, United Bike Kencana, Believe 999 Racing Team, BMX Star Jakarta dan ISSI Kota Malang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!