Tiga rentung dalam kebakaran
SANDAKAN - Tiga ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Taman Rajawali, di sini kira-kira jam 10 malam Jumaat.
Setakat ini, identiti ketiga-tiga mangsa iaitu dua wanita dan seorang lelaki belum diketahui.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.35 malam.
Katanya, seramai 18 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sembilan kilometer dari BBP Sandakan.
"Kejadian melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal yang terbakar 90 peratus dan operasi memadam kebakaran segera dilakukan menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.
"Hasil pemeriksaan, terdapat tiga mangsa ditemui rentung di tingkat bawah bahagian ruang tamu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi ditamatkan pada jam 1.21 pagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!